Saturday, October 01, 2011

Memperkasa Akidah Islam (Khutbah Jumaat edisi 23 September 2011)


  Islam hari ini makin tenggelam akibat ikutan barat. Mereka ini akan merosakkan fikiran umat Islam kepada perkara yang negatif. Ramai oarang Islam pada hari ini mengaku Islam, tetapi tidak diikutinya ajaran Islam. Orang kata Islam makin mengembang, tetapi mengapa pula ramai orang yang murtad? Ini menjadi persoalannya
  Kebanyakan orang miskin akan terjerumus ke lembah maksiat kerana memerlukan wang. Jika kita lihat hari ini, orang Kristian mengajak orang Islam yang miskin agar masuk ke agamanya. Mereka juga menanyakan soalan tentang agama yang hanya perlu dijawabnya sama ada ya mahupun tidak. Adakah ini Islam yang sebenar? Allah S.W.T. berfirman;

   "sesungguhnya agama yanag dijamin Allah S.W.T. adalah agama yanag diredhainya"

Orang yanag mencari agama selain Islam adalah orang yang rugi. Hari demi hari, kita ditimpa dengan masalah sosial seperti gay, maksiat, 'black metal', dan sebagainya. Akibatnya, mereka ini akan ditimpa seksaan dan orang yang menyekutukan Allah S.W.T diharamkannya syurga walaupun selangkah.

  Rakan-rakan sekalian, setelah membaca, renung-renungkanlah dan selamat beramal. Islam untuk kita semua.


Sumbangan : Muhammad Hilmi b Idris.(Ting. 2, Pendeta)

No comments:

Post a Comment