Wednesday, June 29, 2011

Minggu Kesenian Islam 2011 (MiKI)

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tanggal 17 - 24 Jun 2011 yang lalu, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dengan kerjasama Panitia Agama Islam Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dan Pelajar Tingkatan 4,Valour Generation telah mengadakan satu program yang dinamakan Minggu Kesenian Islam (MIKI). Program ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengamalkan hidup berlandaskan syariat Islam dalam apa jua keadaan sekalipun.

Majis perasmian telah diadakan pada 19 Jun 2011 yang bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim.
Kumpulan Nasyid Soutul Muadzam mempersembahkan lagu Sinaran Utusan

Penceramah jemputan,Imam Muda Azhar menerima cenderamata daripada ayahanda.


Ahli-ahli jawatan kuasa bergambar bersama Kumpulan Nasyid Mestica



Rumah Wira ligat menimbang bola takraw semasa aktiviti Riadah Ukhuwah.


Pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan sepanjang program ini dijalankan seperti tilawah al-quran,hafazan,menulis khat,melukis komik dan banyak lagi. Kami juga telah memanggil seorang penceramah jemputan iaitu Imam Muda Azhar. Seperti sebelum ini , banyak kumpulan nasyid artis jemputan telah datang untuk menghiburkan pelajar Jenan dan pada tahun ini kami telah mejemput Kumpulan Nasyid Mestica.




No comments:

Post a Comment