Friday, April 22, 2011

Prosben 2011

Bermula pada tahun 2010 , Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PAIS serta Badar mengadakan satu kursus amali sembelihan . Pada tahun ini pula , Prosben dijalankan pada 23 dan 24 April. Pada malam 23 April,hari Jumaat malam sabtu,satu taklimat ringkas tentang proses sembelihan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Asri  Mat Ali diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim.Para pelajar yang terlibat terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4 dan 5.Banyak informasi yang telah diperoleh dari taklimat tersebut, antaranya ialah petua-petua menyembelih;

  • Sewaktu menyembelih, tengok bahagian langit yang tiada awan - supaya binatang yang disembelih tidak mempunyai lemak yang banyak.
  • Sewaktu menyembelih, jangan hadapkan haiwan sembelihan ke arah betis - supaya daging binatang sembelihan tersebut tidak keras.
  • Sewaktu menyembelih, jangan hadapkan binatang sembelihan ke celah kangkang - supaya daging binatang sembelihan itu tidak berbau busuk.

No comments:

Post a Comment